//Little Sweet Candy
Jika saya mati muda..
Friday | 5:11 am | 0 ♥ Sweet Candy

Hati terdetik, sampai bila aku nak terus kan hidup macam ni ? Sampai bila aku terus membuka aurat aku sendiri ? Sampai bila aku acuh tidak acuh dgn perintah Allah yang wajib dilaksana kan.... Hati terdetik. Ya Allah..

Seperti sesetengah remaja lain, aku juga tidak ketinggalan berfashion. Mempunyai jutaan laman sosial termasuk facebook dan twitter. Tetapi, walaupun begitu pergaulan aku agak terbatas dengan kawan-kawan lelaki, tak adalah smp keluar malam. Tapi, bila keluar rumah aku tak pakai tudung. Semenjak dari zaman sekolah. Aku endah tidak endah soal aurat. Bagi aku, asal hati baik dan tak ganggu hidup org lain tak apalah bukak sikit-sikit. Tapi, aku silap. Kesilapan bodoh dan besar. Aurat itu maruah. Banyak mulut yang nasihatkan aku supaya berubah termasuk ibu, abang, kakak, ayah dan ahli keluarga aku. Selebihnya, kawan-kawan pulak mmg jenis berfoya-foya.

Aku mula tersedar aku semakin jauh dengan Allah bila tidak menutup aurat. Bila tidak tutup aurat maka ia mendorong kita tinggalkan solat, bercinta, bergaul dgn lelaki walaupun sekadar melepak dan berborak. Itu semua tetap dosa.

Pada usia 19 tahun, aku semakin matang. Mula memandang serious soal agama. Kematian rakan sewaktu muda juga mmberi sedikit pengajaran kpd aku. Tidak kemana
mengejar hiburan dan keseronokan di dunia ini. Tidak kemana. Mati itu pasti. Mungkin sebentar lg kita akan dikunjung malaikat maut ? Kita tidak tahu.

Pada mulanya, aku tidak tutup aurat. Suka membeli-belah pakaian yg cantik dan berfashion kononya. Bagi aku itu semua adalah kepuasan. Tapi jauh disudut hati masih ada rasa tak tenang. Puas tanya kat diri. Kenapa aku rasa mcm ni ? Kenapa aku rasa murung ? Kenapa aku rasa hati ni mcm dah mati ? Puas ibu aku tanya, kenapa aku berubah sikap tiba-tiba. Aku sendiri tak tahu. Smp satu saat aku terbaca soal kematian. Dari situ, aku menangis semahu-mahunya. Aku takut mati. Aku takut seksa kubur. Aku takut. Aku byk dosa. Dosa kpd Allah, dosa pada ibu ayah, dosa pd rakan-rakan. Ya Allah...

Kematian rakan ku disebabkan kemalangan ngeri, penyakit secara tiba-tiba byk memberi ku keinsafan dan aku semakin yakin aku ingin berubah dan bertaubat. Aku ingin tinggal kan cara hidup ku yg lama. Aku ingin kembali kepada jalan agama Allah. Allah Tuhan ku. Islam Agama ku.

Kini, hampir 4 bulan aku berhijab. Kesemua pakaian yang seksi dan tidak menutup aurat aku simpan dalam almari ada yang bagi pada kakak aku (sebab dia dah kahwin,boleh pakai dlm rumah) Hehe. Mula mendalami ilmu agama. Dan, Alhamdulilah rakan twitter yg aku kenal semenjak satuhan lalu juga bersama ingin menutup aurat, kembali kepada fitrah agama yang benar. Aku sgt berharap kawan baik aku dpt terima aku. Jika tak, aku terpaksa mengundurkan diri dalam persahabatan kami :)

Aku sangat menghargai pada yg bg moral support. And thank you so much to my beloved mommy and sis for giving me a lots of tudung :D
Biar pon aku berubah, bukan bermakna aku sudah jadi 'malaikat'.Aku perlu byk belajar dan tebus kesalahan aku. Aku cuma ingin menjadi insan sederhana dan muslimah sejati.

P/s : Terima kasih kerana membaca.

Ya Allah, jodoh ajal maut ku di tangan-Mu. Sesungguhnya aku lalai dan leka menjadi hamba-Mu. Aku leka dengan hiburan dunia sementara ini Ya Allah. Aku leka. Aku lalai. Ya Allah, aku ingin kembali kepada-Mu Ya Allah. Kembali ke jalan-Mu. Jalan hidup yang di redhai-Mu... Ya Allah ampun kan dosa-dosa ku. Ampun kan aku. Bantu aku izinkan aku kembali kepada-Mu.  

Assalamualaikum....


♥ I love this ♥

  
 


♥ Credits To ♥

Skin By : //Suhaila Roslan
Edit by : Yin Yin